Thursday, 12 February 2015

New 'Mak Guard' Story


"NEW MAK GUARD STORY"
Date : 12 Feb 2015
Time : 1PM - 2PM
Venue : Wackos Lounge
Panelist: Pn Hasminie
Moderator: Sr Zainab Sholehah

“Pergi ke pantai siang-siang,
Bersama dengan kawan kesayangan;
Puan Hasminie sudahpun datang,
Apa kata kita mulakan.”

Puan Hasminie sudah berkhidmat dalam bidang keselamatan selama 15 tahun, tetapi saya baru sahaja berpindah ke Kuantan ni dua bulan. Saya sudah lama di Gombak. Setelah berkahwin, mempunyai tiga anak. Semua sudah remaja, saya sudah nak masuk five series. Saya berasal dari Pasir Puteh, Kelantan.

Q1: Bolehkah puan berkongsi kepada kami, cara puan mengendalikan masalah disiplin di UIA Gombak dan Kuantan?

Baiklah, saya akan cerita di Gombak dahulu memandangkan saya sudah lama di Gombak. Di Gombak, ramai ‘foreigner’, jadi ramai pelajar kita akan terikut-ikut dengan gaya hidup mereka. Disiplin mereka memang ‘down’. Ini berdasarkan pengalaman saya bekerja di sana. Mereka kurang ambil berat pasal disiplin, etika berpakaian, serta kurang menghormati staf dan pensyarah di sana. Perempuan di sana suka pakai jubah, tetapi pakaian di dalam cukup seksi. Masuk sahaja dalam teksi, jubah tu mereka buka sahaja dalam teksi. Ini bukan cerita rekaan malah pemilik teksi sendiri bercerita dengan kita. Maka terlihat rambut merah atau curly, baju memang seksi. Mereka selalu ke Bukit Bintang. Sikap ‘foreigner’ ni pula terikut dengan anak Melayu kita. Anak Melayu kita biasanya akan keluar jam 10 dan tak balik-balik sampai malam. Kereta yang datang mengambil mereka pula bukan sembarangan jenama. Pihak keselamatan akan tutup pintu pada pukul 9, tetapi belum berkunci. Jadi mereka akan keluar di celah-celah pintu. Pukul 12 baru security akan marah kalau mereka keluar. Mereka pergi dan tidak akan balik sehingga pukul 6, esoknya pintu gate dibuka. Itulah sikap sesetengah foreigner dan orang Melayu kita. Bagi lelaki pula, kurang sedikit nampak sebab tidak ada gate yang kita boleh kurung dia.

Pensyarah sendiri pernah mengadu pada saya kerana mereka tidak mengandahkan teguran. Selamba pakai seluar jeans dan baju singkat. Apabila ditegur, dia menjawab, “ Mak saya pun tak pernah larang saya pakai macam ni”. Kawan saya tangkap gambar dia, dia rampas dan suruh ugut delete! Sebab dengan gambar tu boleh buktikan dia pakai macam tu. Apabila nak saman, dia akan nafikan sebab kita tak ada bukti. Dia boleh argue balik.

Di Kuantan pula, alhamdulillah sejuk mata memandang. Foreigner pula, kita tak tahu dia pelajar atau menumpang. Kita selalu buat spotcheck, sekali ada enam orang satu bilik. Dia kata sedara dia datang dari kampung tiada tempat. Gejala foreigner di sana memang sukar dikawal dan tidak boleh ditegur. Alhamdulillah di Kuantan, kita tidak terlalu terdedah dengan foreigner meskipun kita berada di tengah-tengah kawasan ‘perhutanan’.


Q2: Bagaimanakah pengamatan puan dalam pelajar pelbagai latarbelakang jurusan?

Di Kuantan ramai pelajar perubatan, ramai kuat belajar untuk jadi doktor. Arkitek banyak tidak tidur malam. Mereka banyak buat kerja di studio sejak Maghrib sampai pukul 3-4 pagi. Apabila mereka mengantuk, mereka akan tidur di lantai bergelimpangan lelaki perempuan. Saya lihat sendiri dengan mata saya. Mereka tidak boleh buat di tempat lain sebab barang-barang mereka tidak boleh diangkut keluar. Kalau dibawa keluar dikhuatiri pecah, lecturer pun akan nilai hasil kerja mereka di situ juga. Pagi mereka ada kelas seperti biasa. Selalu saya tengok, mereka berkumpulan dan campur lelaki perempuan.

Pelajar ‘engine’ ada buat bahagian bio, ada yang mengendalikan engine betul. Mereka pun campur lelaki perempuan dalam satu pasukan. Kerja memang kena campur.

Bagi pelajar Arabic, HS, IRK, mereka memang baik-baik saja. Alim semua. Mereka buat part time juga, mengajar di KAFA, mengajar mengaji, tetapi kuliyah arkitek ke, saya tidak pernah mereka buat part time sebab kerja kursus mereka pun dah padat. Masa sibuk mereka, mereka akan ke studio terus selepas kelas bersama barang mandi, berus gigi semua untuk segera menyiapkan projek.
Saya sendiri ada mengambil pelajar untuk mengajar anak-anak saya mengaji. Saya tidak nafikan mereka memang betul-betul baik. Di samping itu, saya bayar mereka dan menjadi pendapatan mereka seharian. Bagi pelajar arkitek, saya terpaksa menagalah dengan mereka selagi mereka tidak melakukan perkara bukan-bukan. Saya tidak ada masa untuk memantau mereka dengan kerap di studio memandangkan bangunan studio sendiri ada lima tingkat dan banyak pintu. Terpulang pada mereka, nak yang baik atau sebaliknya.

Sebagai pelajar UIA, kita mestilah menjaga pergaulan lelaki perempuan, terutamanya pada ‘I=Islamic’ itu sendiri.


Q3: Bolehkah puan bandingkan kemudahan fasiliti di UIA Gombak dengan Kuantan?

Kemudahan itu memang keperluan kita. Di Gombak, bank berlambak. Bukan setakat bank sahaja, kaunter bank pun ada. Bank Muamalat, Bank Islam dan AmBank. Setiap kuliyah pun ada. Pejabat pos untuk bayar bil, roadtax ada. Nak shopping, jubah, seluar, sarung tangan, sarung kaki, semua ada. Sebabnya terlalu ramai orang di sana. Mereka sediakan semua kemudahan supaya tidak perlu keluar. Shopping complex di sana pun semua jauh, ada satu tempat namanya ‘Tai Kim’ di Danau Kota. Di situ ramai golongan sudah berkeluarga duduk di situ, tetapi mereka masih masuk dalam UIA untuk membayar bil dan sebagainya. Kedai fotostat, dobi, kedai makan, memang banyak.

Di Kuantan, kemudahan bil tiada. Tiada transaksi dari luar negara (sebab sedikit foreigner). Keperluan di sini juga tidak sampai target lagi untuk sediakan bank. Kuota mesti 5000 sehari orang masuk baru boleh ada satu kaunter bank. Kalau bank rosak, nak bayar bil semua di luar. Di Gombak, semua benda ada.

Mahalah perempuan ada sepuluh di Gombak. Sepuluh kafe, sepuluh coop, sepuluh kedai fotostat. Setiap coop jual topup. Kedai telefon pun ada, nak beli baru atau baiki. Boleh dapat harga staf.

Q4: Sebagai orang berpengalaman, apakah nasihat puan kepada pelajar semua?

Harapan saya agar semua pelajar dapat lulus dengan cemerlang. Saya seronok tengok pelajar grad ambil scroll. Pelajar terbaik ada makan malam dengan sultan, bersama dengan ibu bapa mereka. UIA punya sijil, 3.0 pointer pun laku di luar tau! Mereka lihat UIA ni sebab Islamik dan yuran mahal. Ini berdasarkan temubual saya dengan bekas pelajar UIA. Harapan saya agar semua pelajar di sini dapat ada yang kalian semua minta.

Q&A 1: Bagaimanakah hubungan pelajar dengan staf security di Gombak?

Mereka sangat benci security. Tak tahu kenapa. Tetapi kalau ada kes histeria, kemalangan dalam UIA, mereka akan cari kita. Parking kereta mahal-mahal kepunyaan ibu bapa (alphad, hister) di tempat letak kereta staf. Tidak takut kena saman, asal ada kereta. Masuk sem hanya ambil kunci dan masuk bilik, tidak pernah ambil tahu pun siapa principal mereka. Kalau dalam dewan makan, mereka akan beredar sorang-sorang kalau ada security masuk. Pelajar yang bersapa salam dengan kita akan dipandang serong.

Security pun manusia biasa. Bukan boleh buat sesuka hati.

Q&A 2: Adakah wujud sikap dajal-mendajalkan seperti merosakkan barangan pihak security?
Setakat ni tiada. Mereka hanya akan lari kalau lihat kita. Sejak ada pondok kecil di taman, makin ramai foreigner duduk situ sampai jam 3-4 pagi. Perempuan semua berjubah hitam, lelaki pula nak buat kerja selalu seluk tangan dalam jubah je. Kehidupan mereka selalu bersama jubah litup. Kalau tidak disergah memang kita tidak tahu apa yang mereka buat. Itulah pengalaman saya menangkap foreigner yang berbuat maksiat.

Security kini dipanggil sebagai ‘pengawal keselamatan’. Kita sudah dinaik taraf. Terasa kalau ada pelajar panggil ‘mak guard’ atau ‘pak guard’. Panggil makcik, pakcik, puan, atau nenek datuk pun boleh. Sebab ramai staf kita sudah bergelar datuk. Sekarang kalau awak perasan dekat entrance ada tulis perkataan ‘polis’. Kita sudah dapat mandat daripada Ketua Polis Negara sebagai polis bantuan. Kita ada kursus etika polis bantuan dari semasa ke semasa. Baju di lengan berwarna hijau. Polis bantuan kalau perempuan panggil ‘puan’, kalau lelaki panggil ‘ encik’. Gaji security lama pun dah empat kepala. Minta maaflah sebab ramai yang kecil hati, jangan panggil ‘mak guard’ atau ‘pak guard’. Bagaimana kamu panggil polis di luar, begitu juga dengan polis dalam universiti.

VIDEO URL: -

*****
Moderator: Sr Zainab Sholehah
Panelist: Pn Hasminie
Documentation: Sis Najihah
Sesi: Sembang Santai Sciencess, Thursday, 1-2 pm, 12 Feb 2015
Program: Wackos Lounge, KOS
Special editor by  Otranscribe.com

*****
Moderator: Sister Zainab Sholehah
Panelist: Pn Hasminie (Mak Guard)
Sesi: Sembang Santai Sciencess, Edisi Rabu, 12th Februari 2015
Program: Wackos Lounge, KOS