Friday, 24 June 2016

Dasar Melayu PHD

Tajuk: Dasar Melayu PHD
Moderator: Amirullah bin Anwar
Speaker: Bro. Lukman

Pendahuluan
PHD adalah singkatan daripada perkataan ‘perasaan hasad dengki’. Program ini ingin membincang secara lanjut tentang gegala hasad dengki yang dikatakan berleluasa dalam diri seseorang terutamanya kaum melayu. Program ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar memuhasabahkan diri mereka adakah perasaan hasad dengki itu wujud dalam diri mereka.
Soalan1: apakah hasad dengki?
Jawapan 1: Iman Nawawi mendefinisikan hasad dengki itu adalah suatu perasaan yang menginginkan nikmat yang diperolehi oleh seseorang beralih daripadanya walaupun penghasad tidak mendapat nikmat itu. Iman nawawi menambah nikmat yang dimaksudkan boleh merangkumi duniawi atau keagamaan. Untuk menjawab hasad itu baik atau buruk, dalam hadis ada menyebut secara ringkas ‘berhati-hatilah kamu terhadap perasaan hasad dengki sesungguhnya parasaan hasad dengki akan memakan kebaikan-kebaikan yang kita buat seumpama api membakar kayu api.’ Ini menunjukan dengan perasaan hasad dengki, semua kebaikan yang kita buat akan menjadi debu. Tetapi, nabi Muhammad SAW pernah menyebut dalam hadisnya, ‘jangan sekali-kali kamu berhasad dengki dengan orang kecuali dalam dua perkara, yang pertama sesiapa yang Allah memberikan kepadanya pengetahuan al-quran and kelebihan ilmu dan kemudian dia mengajarkan kepada orang lain ilmu yang dia perolehi dan yang kedua, seseorang yang mempunyai kelebihan harta dan kemudian dia menginfakkan harta itu ke jalan Allah. Dua perkara ini diizinkan untuk dihasad dengki kerana ia akan menjadi motivasi kepada kita untuk beribadat kepada Allah. Secara kesimpulannya, hasad dengki ini perlu dielak melainkan kepada orang yang menggunakan nikmat yang diperoleh ke jalan Allah. Semoga dengan hasad itu, kita akan meningkatan kualiti ibadat kepada Allah.

Soalan 2: kebiasaannya perasaan hasad dikaitan dengan orang melayu. Seperti cerita Tun Teja dipadankan dengan sultan Johor, Sultan Abdul Jamil. Tetapi dicemburui oleh sultan Mahmud lalu menghantar Hang Nadim untuk merampas Tun Teja dari sultan Johor. Kenapakan hasad dengki dikaitan dengan oleh melayu? Adakah kerana sejarah atau dari manusia itu sendiri?
Jawapan 2: kenapa hasad dengki dikaitan dengan melayu adalah kerana media. Dalam tv setiap hari, drama melayu memaparkan cerita hasad dengki. Lepas hasad dengki melular kepada sihir. Itu menunjukkan seolah-olahnya melayu sering berhasad dengki. Cerita luar seperti jepun, china, korea, dan inggeris, juga ada cerita hasad dengki. Tetapi tidak ditimbul isu sahaja.
Untuk pengetahuan hadirin, bukan orang melayu sahaja mempunyai perasaan hasad dengki. Syiekh Abu Saidi berkata ‘perasaan hasad dengki adalah salah satu daripada dosa-dosa besar dan salah satu ciri-ciri orang yahudi. “Sebahagian daripada ahli-ahli kitab yahudi dan nasrani sangat-sangat bergembira bila mana meraka dapat mengembalikan kamu sesudah mana kamu beriman menjadi kufur kerana perasaan hasad dengki datang dari diri mereka sendiri”. Adakah patut orang yahudi ingin berhasad dengki dengan Nabi Muhammad SAW dan umatnya? Disebabkan apa yang Allah telah berikan kepada mereka, mereka lupa. Dahulu Allah bagi kepada keturunan Nabi Ibrahim, bukan setakat bani ismail tetapi bani Israel, Allah bagi kelebihan kepada bani mereka. Kelebihan apa? Kitab turun kepada nabi-nabi mereka. Kerajaan diturunkan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman. Mereka lupa hanya semata-mata nabi akhir zaman lahir daripada bani Ismail bukan daripada bani Israel. Jadi, mereka berhasad kepada kita. Sebab itulah, hasad dikaitankan dengan perangai-perangai bani yahudi.
Sebab apa boleh terjadi hasad dengki? pertama, permusuhan dan kebencian. Sepertinya yang telah disebut. Semata-mata nabi akhir zaman itu datang daripada orang arab bukan daripada bani Israel, keturunan Nabi Yaakub, mereka hasad dan tak nak terima ajaran yang di ajar oleh nabi. Yang kedua, persaingan hidup. Ulama menyebut adalah mustahil manusia boleh lari daripada hasad dengki sebab hidup itu sendiri di dunia ini adalah satu persaiangan. Yang ketiga, takjub dengan sesuatu. Berlebih-lebih dalam takjub boleh menyebabkan hasad dengki. Satu kisah zaman nabi Muhammad, seorang sahabat, Sahal bin Hunaif mandi di kawasan padang pasir. Tanpa disedari, ada sahabat lain lalu di kawasan itu dan melihatnya mandi. Sahabat itu takjub dengan tangan Sahal bin Hunaif lalu berkata “tak pernah aku lihat kulit secantik ini”. Kemudian, tiba-tiba Sahal bin Hunaif jatuh terpelanting. Nabi Muhammad yang mengetahui cerita ini berkata “atas dasar apa kamu mahu membunuh sahabat kamu. Kenapa kamu tidak mengucapkan barakallah hufikum kepada sahabat kamu apabila kamu takjub melihat itu,”. Nabi ajar kita, bila kita takjub dengan sesuatu, ucapkan “barakallah hufikum”. Daripada cerita itu, kita dapat belajar tentang aib. Aib adalah bila seseorang boleh ditimpa musibah hanya daripada pandangan mata orang yang hasad kerana berlebih-lebih dalam takjub atau kerana kebencian. Yang keempat, cintakan kedudukan dan kemasyhuran. Kita tanam cinta itu berakar dalam hati sehingga tak nak orang lain mengambil tempat kita. Yang kelima adalah bakhil terhadap harta. Kita tak nak infakkan harta yang dimiliki kepada orang lain. Itu boleh menyebabkan dalam hati kita ada hasad.

Soalan 3: Hasad dengki adalah barah atau melekat hati. Kalau tiada penawar penyakit ini, dia akan membentuk peribadi seseorang. Boleh huraikan kesan buruk hasad dengki dalam diri kita?
Jawapan 3: Seperti hadis Nabi Muhammad yang disebut tadi, hasad dengki akan memakan kebaikan-kebaikan seperti mana api membakar kayu api. Kesan yang pertamanya. Apabila kita dengki dengan seseorang bermakna kita tidak reda dengan ketentuan Allah. Yang kedua, bila hasad dalam hati, ia seperti percikan api. Dia akan memakan hati kita pelahan-lahan dan akhirnya tanpa disedari hati kita sudah mati. Yang ketiga, hasad boleh menghasilkan kebencian, dan permusuhan kepada orang yang Allah memberi nikmat kepadanya. Ini akan menyebabkan aib atau sihir. Untuk mengelak terkena sihir, kita disarankan untuk mengamalkan ‘bismillahhillazi laayaduru maasmihi syaiun fil ardi wala fissamai’ wahuwassamiiul alim.” tiga kali setiap pagi dan petang.

Soalan 4: Bagaimana untuk mengatasi perasaan hasad dengki?

Jawapan 4: Banyakkan berdoa kepada Allah supaya hilangkan perasaan hasad dengki dalam diri kita terutamanya pada waktu mustajab seperti hari jumaat, waktu asar, waktu antara azan dan iqamah, malam akhir ramadhan. Kemudian yang seterusnya, bila kita terserempak dengan orang yang kita hasad dengki, usahakan untuk lawan ego untuk berdoa supaya Allah memberkatinya atau paling mudah ucapkan barakallah hufikum. Kelebihan berdoa secara ghaibnya untuk kebaikan orang lain adalah malaikat akan mengaminkan dan berdoa kepada kita juga.