Thursday, 16 April 2015

The 7 Wonders





"THE SEVEN WONDERS"
Date : 16 April 2015
Time : 1PM - 2PM
Venue : Wackos Lounge
Panelist: Bro Hirzie (PostGrad)
Moderator: Bro Muaz Azmi

Q1: Pesanan buat lelaki.
Rajinkan diri berjemaah di surau. Kalau tak sempat solat berjemaah di masjid pun, at least di surau. Untuk perempuan saya nasihatkan jangan lengahkan solat. Itu sahaja. Seboleh-bolehnya buat dalam waktu yang awal. Seterusnya, bagaimanakah kita boleh dapat kekuatan berjemaah di masjid atau di surau. Bincang pasal solat sunat pula berkait denga empat solat sunat utama, iaitu:
Solat sunat sebelum subuh.
Solat sunat dhuha
Solat sunat tahajud
Solat sunat witir (paling senang)  paling kurang satu rakaat.
Selain itu kita boleh buat solat sunat Tahiyatul Masjid, dan sebagainya. Antara solat Maghrib dan solat Isyak kita boleh buat solat sunat Witir. Ada sahabat Rasulullah buat sebelum tidur, ada sahabat buat selepas tidur. Sahabat buat sebelum tidur adalah sahabat yang berhati-hati, sahabat yang buat selepas tidur adalah sahabat yang kuat. Sebenarnya saya sendiri juga susah yang buat solat sunat Tahajud ni. Meskipun susah nak buat solat sunat sebelum Subuh, pastikan solat Subuh berjemaah jangan tinggal dan solat Isyak berjemaah jangan tinggal.

Kalau lihat hadith, solat Isyak berjemaah itu pahala dikira separuh malam, dan solat Subuh berjemaah pula pahala sepanjang malam. Oleh itu, hendaklah para lelaki menjaga dua waktu solat berjemaah ini.
Untuk kaum perempuan yang ingin mencari calon lelaki yang soleh, kamu mesti cari tiga ciri ini. Ciri pertama, lelaki ini mesti jaga betul-betul lima waktu berjemaah. Ciri kedua, lelaki ini mesti berbuat baik dengan ibunya. Ciri ketiga, kamu mesti cari lelaki yang kaki kuliah. Dia suka pergi kuliah agama.

Kemudian saya nak cerita pasal majlis ilmu. Sebelum tu saya nak cerita, ciri saya Kelebihan majlis ilm ada tiga. Yang pertama, malaikat melebarkan sayapnya. Yang kedua, Allah campakkan rahmat dalam majlis ilmu. Yang ketiga, Allah mencampakkan ketenangan dalam hati kita. Sebab itu, tok guru saya pernah berkata, cara terbaik untuk menenangkan hati kita adalah dengan duduk dalam majlis ilmu. Ok, cuba kita tengok cerita “Fast and Furious Seven”. Saya antara yang mengikuti cerita ini dari awal lagi. Apakah elemen yang ada? Ada elemen lumba, elemen bergaduh, elemen mencuri, ada elemen kata-kata yang tidak elok. Tapi yang peliknya, kenapa ramai orang suka tengok? Kalau ikutkan benda-benda efek tu benda tipu je. Ada olahan grafik semua. Nak kata di sini, kita ni bodoh. Bodoh kuasa dua. Kalau pelajar universiti Islam, kita bodoh kuasa tiga. Kalau hendak dicari nilai-nilai baik dalam cerita tu, tiada nilai baik bagi saya. Kita pergi beli tiket, dan balik rasa seronok. Kita rasa seronok dengan olahan jalan cerita dan pembawakan cerita itu. Kita suka pada perkara begitu. Tak salah rasa saya kata kita ni bodoh.

Biasa dengar kitab Bahrul Mazi, maksudnya rawatan madu. Ditulis oleh Syeikh Idris Nabawi. Dalam kitab ini diceritakan kelebihan orang yang menuntut ilmu agama. Tadi kita bicara pasal orang yang hadir majlis ilmu agama, dia datang untuk mendengar sahaja. Dia sudah dapat tiga kelebihan itu, tapi ditambah lagi dengan tiga kelebihan yang lain iaitu, malaikat mendoakan dia, yang kedua dapat pahala jihad fisabilillah, dan yang ketiga adalah dikafarahkan dosa-dosa yang lalu. Bagi lelaki yang hendak berkahwin, pastikan kamu tahu ilmu agama tu. Solat itu ada kehebatannya, tetapi kenapa kita tidak merasainya? Ini boleh dikatakan masih ada masalah dalam solat kita. Dalam kitab fekah ada dikatakan bahawasanya ada 21 perkara yang membatalkan solat. Takbiratul ihram ada 21 sah yang boleh membatalkan solat. Salah satu sebab kita ke majlis ilmu, yang pertama untuk mendengar, dan kedua untuk memperbaiki amal ibadat kita. Dengan ini, boleh menjadi satu kafarah dalam menghapuskan dosa kita yang sebelumnya. Di Kuantan hampir setiap masjid ada majlis ilmu. Surau di MKAW, masjid SHAS, masjid afzan, hampir semua ada setiap malam. Sekejap je, tak lama pun antara Maghrib dengan Isyak. Banyak peluang yang ada.

Bagi perempuan pula, kamu boleh ambil peluang solat berjemaah. Dengan cukupnya tujuh perkara ini, saya yakin ini bukan amalan yang susah. Ada seorang wali Allah di Kedah boleh dikatakan dia tidak puasa lima hari sahaja setahun. Iaitu dua hari raya, dan tiga hari tasyrik. Amalan setiap hari, dia sentiasa membaca Al Quran. Ini amalan wali. Sekurangnya saya membawa tujuh perkara amalan hebat ini yang boleh kita semua buat. Alasan kita untuk tidak buat amalan ini adalah, malas!

Bagaimanakah melawan malas? Paling mudah adalah paksa diri! Ada jiran saya bertanya, apakah cara supaya istiqamah solat berjemaah? Saya kata dengan dia, solat subuh tu pakai baju siap nak pergi kerja. Kalau sempat balik rumah, kalau tidak sempat terus pergi kerja. Ramai ada alasan tapi semua tak boleh terima, melainkan sakit tak boleh nak buat apa dah. Saya bukan hendak rendahkan sesiapa, saya nak bagi kekuatan. Apabila bercerita pasal amalan ni, semua boleh. Apabila dikatakan paksa, boleh ke paksa? Bila dikatakan ikhlas sahaja, mesti mereka fikir buat dengan suka rela.

Menurut Ustaz Hasbullah. Ikhlas ni kita buat kerana Allah walaupun kamu terpaksa. Bagi perempuan, kalau ada kawan kamu tidak menutup aurat, kamu cerita pasal benda ni. Jangan tunggu rasa ikhlas tu, rasa tak sedap buat kalau tak ikhlas la. Ikhlas ni kita buat walau dalam keadaan terpaksa. Ulama mengatakan kita perlu buat sekurang-kurangnya dalam masa 40 hari. Dan jangan tinggal walaupun sehari, kalau tinggal maknanya kita kena kira balik sebagai hari pertama. InsyaAllah kita akan ada kekuatan untuk buat semua tu.

Christian Ronaldo dan Linsley menjadi kegemaran ramai peminat bola sepak meskipun tidak pernah menang piala dunia. Dia mengetuai pasukan sebanyak 23 orang selama 8 tahun. Suatu jangkamasa yang lama. Sultan Muhammad Al Fatih mengetuai pasukan 200 ribu orang pada usia 24 tahun untuk melawan Kostantinopel. Rahsia kejayaan adalah agama, kerana beliau tidak pernah meninggalkan solat sebelum baligh. Dan apabila dia mengimami 200 ribu tentera itu seolah-olah semua sama mengikut. Ada dalam hadith mengatakan, “Dialah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera”. Selalunya saya akan cerita dengan budak-budak sekolah. Kita akan tengok orang yang boleh bagi contoh atau rujukan pada kita.
Tujuh perkara yang saya sebutkan ini antara tujuh perkara yang kita boleh buat. Malu kalau universiti Islam tapi masjid tak penuh, surau tak penuh. Saya pernah pergi kolej Islam Selangor, masjid dia memang hebat. Penuh orang. Kita boleh dapatkan semangat daripada kawan yang rajin solat berjemaah.

Tujuh perkara itu adalah:
1-      Solat
2-      Doa
3-      Zikir
4-      Selawat
5-      Baca AlQuran
6-      Sedekah
7-      Majlis ilmu

Isu sahabat bangunkan romat solat Subuh.
Isu berjalan sambil tengok handset.
Isu palestin saudara kita.
Sekian, wassalam.
VIDEO URL: -

*****
Moderator: Bro Muaz Azmi
Panelist: Bro Hirzie (PostGrad)
Documentation: Sis Najihah
Sesi: Sembang Santai Sciencess, Thursday, 1-2 pm, 16 April 2015
Program: Wackos Lounge, KOS

Special editor by  Otranscribe.com

Video URL: https://www.youtube.com/watch?v=8nmLhNs1wnw

*****
Moderator: Bro Muaz Azmi
Panelist: Muhd Hirzie, Postgrad KOS
Documentation: Sis Najihah
Camera man: Bro Nu'man
Sesi: Sembang Santai Sciencess, Thursday, 1-2 pm, 16 April 2015
Program: Wackos Lounge, KOS
Special editor by  Otranscribe.com