Topic: Financial Freedom
1-2pm
11/2/2016
MOD: Kenapa kita bawa
isu ini? Financial freedom berkait dengan isu PTPTN, isu mahasiswa kelaparan,
seperti yang meluas di media sekarang. Kemudian, isu mahasiswa manja. Banyak
respon dari orang luar tentang hal ini. “Zaman dulu aku tak makan sepuluh hari
pun rilek je, depa kata macam-macam kat kita.” Kalau bawa isu financial freedom
ini, kalau boleh kita nak bincangkan satu kondisi yang kita boleh capai, dan
insyaAllah isu ekonomi seperti ini tidak akan berlaku. Tanpa membuang masa,
kita ajukan soalan pertama kepada panel kita, Br. Khairul Anwar.
Q1: Apakah yang
dimaksudkan dengan ‘Financial Freedom’?
Sebenarnya saya tak layak bercakap di depan, ramai lagi di hadapan
saya yang layak. Bahasa Melayunya, ‘financial freedom’ ini kita panggil,
kebebasan kewangan. Ramai orang fikir kebebasan kewangan ini ada duit
juta-juta, sebulan income seribu, 20 ribu sebulan. Sebenarnya bukan begitu
maksudnya, bukan semestinya duit banyak. Saya ada jumpa seorang engineer, status
IR, sebulan gaji dalam 20 ribu tapi masih dibelenggu dengan hutang. Kebebasan
kewangan sebenar adalah tidak semestinya kita ada duit banyak, gaji banyak,
tetapi apabila kita mempunyai aliran tunai yang tetap setiap bulan dan dapat
menampung segala perbelanjaan kita. Menurut kata-kata jutawan terkenal, Irfan
Khairi, kebebasan kewangan ini apabila pendapatan pasif kita dapat menampung
perbelanjaan kita setiap bulan. Contoh paling mudah, kita ada pendapatan pasif
seribu ringgit sebulan. Kita belanja hanya RM500, jadi ada lagi baki RM500.
Suka saya sebut kata-kata mentor saya, Alif Haikal. Bekas pelajar UIAM Gombak,
IRKH. Antara bisnes beliau adalah bisnes herba resdung tok aki, saya jadi
stokis dia. Itulah income aktif saya.
Tiga ciri bebas kewangan:
Yang pertama, wang bukan lagi masalah.
Yang kedua, kita tak fikir lagi pasal wang.
Yang ketiga, tiada hutang.
Kalau cukup ketiga-tiga ciri ini, anda sudah dikira bebas kewangan.
MOD: Semangat ahli
panel kita ni. Semalam saya jumpa dia, ekspresi muka macam, “aku nak bagi talk
esok ni!” Ringkasnya ‘financial freedom’ ini, kita tak perlu lagi fikir pasal
duit. Tiap-tiap bulan duit masuk. Kalau boleh nak cancel PTPTN tu, rasa
nak pulangkan duit tu. Aset rumah, kereta, semua atas kita. Ada satu kata-kata
menarik, ‘rich young, retire young’, dalam erti lain, kaya waktu muda,
bersara waktu muda. Duit bekerja untuk kita.
Q2: Baru-baru ni
SRC ada mengketengahkan satu program yang sangat bagus. Boleh Br. Aizwan
terangkan objektif program ini?
Program yang SRC akan ketengahkan namanya, Bazocar Souq. Secara
generalnya, bazocar souq ni diwujudkan khas untuk membantu para pelajar
berniaga. Kalau kita perhatikan di Mahallah KAW sendiri, boleh lihat penuh
rak-rak dengan makanan sampai tak nampak tanah dah. Dari situ kita lihat,
pelajar UIA ni minat berniaga. Aktiviti yang kami akan jalankan iaitu bazocar
souq juga dikenali sebagai carboot sale. Kami amat menggalakkan para
pelajar untuk berniaga secara berhemah, dan kami tidak benarkan orang luar
berniaga. Kami menjemput pembeli luar untuk membeli barangan pelajar, dan
secara tidak langsung mempromosikan produk pelajar kepada orang luar. Dalam
senarai yang sudah berdaftar dengan saya, ada ramai agen produk hebat-hebat.
Namun, kebersihan, kesihatan dan keselamatan perlulah dijaga. Kalau ada society
yang ingin berniaga, juallah apa produk pun dengan satu tapak. Sesiapa tiada
kereta, nak pinjam kereta kawan pun tiada masalah. Dibawakan oleh SRC Welfare Secretariat.
Motosikal, mahupun basikal guna tidak dibenarkan meskipun untuk
mengantikan kereta, sebagai salah satu syarat bazocar souq. Makanan basah yang
dimasak ditempat kejadian adalah tidak dibenarkan. Saya cadangkan makanan sudah
siap dipek, dimasak di luar kawasan berniaga. Kalau siap tinggal dipanaskan,
itu dibenarkan. Cadangan tempat di kawasan letak kereta KOS (Kuliyyah of
Sciencess).
MOD: Pelajar UIA ni
memang tidak dinafikan memang minat berniaga. Kucing pun seronok duduk tempat
banyak botol dengan makanan di lobi MKAW. Malam-malam buta kalau lapar mesti
turun. Ada apollo 50 sen pun kebas saja. Saya nak cerita pasal sahabat saya di
UNITEN. Sangat berbeza dengan pelajar UIA, pemikiran ‘financial freedom’ ni tidak
pernah terlintas dalam fikiran mereka. Kereta sewa di UNITEN, tiada pelajar
yang buat. Balik dari universiti ke KTM, lima minit je. Bayangkan orang luar
yang ambil, RM50 kena caj. Sekali pergi RM50, patah balik RM100! (Servis penghantaran
pelajar UIA Kuantan ke Terminal = RM6-RM7 sahaja). Jadi bersyukurlah pelajar
UIA ni sangat minat berniaga.
Q3: Br Anwar,
selaku ‘vice president entrep’, apakah usaha-usaha yang dilakukan untuk
membantu para pelajar yang minat berniaga?
Terima kasih. Sebenarnya Luqman Suharni adalah antara ‘mainboard’ Entrepreneurship
Club. Saya ni orang baru lagi. Banyak aktiviti yang telah kami dirancang,
tetapi kami tidak terlepas dari masalah kekangan bajet. Kalau boleh nak buat
seminar, workshop, free of charge je untuk student. Bagi saya, kalau bagi free
pun, kurang bersungguh-sungguh lepas seminar tinggal begitu sahaja. Kalau bayar
baru beri komitmen lebih. Antara aktiviti terdekat yang dirancang adalah kursus
seminar FB ads. Saya pergi seminar FB ads tahun lepas dalam RM100 lebih, campur
pengangkutan pergi balik, makan minum dalam RM200-RM300 juga. Saya nak pesan,
nak dapat ilmu jangan kedekut. InsyaAllah dapat ilmu tu, dapat lagi pulangan
lebih dari RM100-RM200 tu. Untuk program terdekat, kami akan usahakan bawah
RM50, bergantung kepada sponsor yang kami dapat. Ada juga pihak SRC nak
kolaborasi dengan kami buat ‘loan scheme’ untuk bantu pelajar berniaga. Saya tak
sokong sangat cadangan ni, tanpa ilmu, takut rugi macam tu saja. Setakat ni
bengkel/seminar sahaja dalam perancangan. Ada juga rancangan saya nak buat
program online bisnes dalam tiga bulan, dibimbing oleh mentor-mentor semua. Selepas
tiga bulan, ada praktikal sehingga berjaya. Kalau ada soalan boleh tanya terus.
Kalau ada yang tidak kesah pasal bajet, kita jemput mentor ke sini, lagi
senang.
MOD: ‘Financial
freedom’ kalau kita mampu capai, memang memberi keselesaan kepada kita dan
sudah terbukti semua ada keinginan ke arah itu. Point Br. Anwar yang sangat
menarik, kita perlu ada mentor. Kita perlu ada pembimbing, macam usrah. Naqib
dalam bisnes. Agen hartanah, perlu ada mentor. Toneexcel, ada mentor macam Br.
Anwar. Mentor akan bimbing kita, beri kita motivasi. “This is not imposssible!”
Hendak cerita pasal FB ads ni, minyak gamat boleh terjual sebanyak 200 ribu
botol. Bayangkan RM1 untuk setiap botol guna FB ads. RM200 ribu sebulan. Orang
lain cari kerja sambilan baru dapat RM20, dia dapat lebih. FB ni bukan
menghabiskan data internet kita, tapi boleh buat duit lagi. Jadi, sama-sama
kita bagi sokongan untuk program FB Ads dan program Bazocar.
Q4: Bagaimanakah sambutan
terhadap Bazocar Souq, dan bagaimanakah cara kami mendaftarkan diri sebagai
peserta?
Setakat ni baru 25 peserta berdaftar, bermakna ada 25 biji kereta.
Dalam poster bazocar, anda boleh mendaftar dengan saya sendiri, atau bagi
sister dengan sis Anisah. Asalnya tarikh bazocar ni 13hb ke 27hb, memandangkan
cuaca tidak menentu, kami terpaksa lanjutkan tarikh. Kami juga mengalami
kekangan seperti sewa tempat, bahan elektrik dan sebagainya. Semoga bazocar
souq memberi peluang kepada para pelajar untuk berniaga secara lebih proaktif.
Setakat ni kuota yang kami tetapkan sebanyak 35 biji kereta. Namun,
kuota untuk pendaftaran masih dibuka. Follow instagram kami, @bazocar_souq dan
facebook page. Akan ada komiti kami yang membantu mempromosikan produk di
media.
Q&A:
S1: Dalam
banyak-banyak online bisnes, ada tak online bisnes yang tidak menggunakan
modal. Secara percuma sahaja. Soalan ini ditujukan kepada Br. Anwar.
Banyak plaform boleh digunakan. Sebagai contoh instagram, facebook
semua percuma. Program percuma, seperti affiliate. Beza percuma dengan berbayar
hanya pada masa. Percuma perlu branding diri, soft-selling. Jangan terus menjual.
Contoh kalau jual basikal, kita kongsi tip jaga basikal ke, cara tukar tayar.
Belajar copywriting ebook untuk menyelesaikan masalah resdung.
Contoh: “Tidak kasihankah pada anak kita yang gatal mata merah?” Biasa wanita
akan lebih tertarik sebab ada sifat kasihan lebih, keibuan. Biasa golongan ibu
akan tengok. Dalam sehari kita dah boleh menjual guna FB Ads, tapi untung guna
kalau free sebab tak perlu bazir duit bayar iklan.
MOD: Saya sendiri
pernah belajar dengan madam mahani apabila bercerita pasal iklan ni. Jenis persuasive
speech. Kita bercakap, dalam masa yang sama kita tarik orang. Pengaruh
orang, pujuk orang. Biasa orang buat iklan akan bubuh titik sampai ‘see more’
asal ayat pertama perlu ‘catchy’. Ilmu copywriting ni perlu ada mentor,
tak boleh suka-suka baca. Suka-suka cuba.
S2: Komen harga
tapak.
Kami masih membincangkan isu sewa tapak ni sebenarnya. Kami ada
bincang dengan Daya bersih, sewa meja sehari RM5. Target kami nak bawah RM10
untuk satu tapak. Termasuk juga sambungan elektrik volt tinggi dari Daya Bersih
juga dengan kos yang agak tinggi. Sehingga kini kami masih bincang dengan pihak
Daya Bersih.
S3: Kepelbagaian
barangan.
Bergantung kepada vendor sendiri. Dari segi persaingan barangan
bergantung kepada kreativiti vendor sendiri.
S4: Misi dan Visi
Entrep
One Student One Business. Kalau boleh nak setiap pelajar ada bisnes
tersendiri.
Kesimpulannya, financial freedom ni membantu anda bergerak dengan
lebih bebas. Katakanlah, anda makan gaji. Anda akan dikongkong oleh orang yang
memberi anda makan gaji. Dengan financial freedom, anda boleh memberikan
pendapat sesuatu kebaikan tanpa perlu rasa takut. Financial freedom adalam
impian semua, namun berapa kerat yang berusaha mencapai ke arah itu. Harapan
saya agar sembang santai pada hari ini bukan setakat sembang kosong. Kalau nak mula
berniaga, keliling diri anda dengan orang yang minat berniaga kerana minda
mereka, minda cari duit je. Tengok orang makan gaji mereka gelak. Orang makan
gaji tunggu duit, mereka buat duit.
Sekian, wassalam.
