Tajuk: Special Edition with Mak Cik
Cleaner
Moderator: Nur Hidayah binti Syamsul Bahri
Panelist
1: Siti Khadijah
Panelist
2: Nur Hazimah
Soalan 1: Apakah cabaran yang menduga
keimanan sepanjang berkhidmat sebagai kakitangan Daya Bersih di Kulliyah of
Science?
Jawapan
1: memang ada.
Ketika mak cik sedang mengemop lanta, ada pelajar yang lalu macam tu sahaja. Jadi
mak cik harap selepas ini pelajar akan lalu di sebelah tepi atau sekurang-kurangnya pelajar meminta laluan untuk berjalan di situ.
Soalan 2: boleh mak cik berikan sedikit
perkongsian tentang hubungan antara pihak cleaner dengan komuniti UIA
keselurahan seperti contoh layanan pelajar kepada pihak cleaner?
Jawapan
2: buat masa
sekarang semua student okey. Staff pun semuanya okey dengan kami. Tiada
apa masalah. Untuk makan sekali tu tak pernah. Tapi semuanya baik.
kami juga
boleh berbicang dan berkawan dengan mereka. Kami sudah menganggap diorang ni macam anak-anak kami. Dan buat masa ni belum ada lagi pelajar biadap dengan kami.
Soalan
3: Sepanjang
berkhidmat di Kulliyah of Science, ada tak pengalaman-pengalaman misteri yang
menarik untuk dikongsi? Dan apa perasan mak cik ketika itu?
Jawapan
3: kalau
terserempak dengan yang menakutkan tu belum lagi. Kami cuma mengalami
pengalaman seperti pintu terbuka dengan sendiri, bunyi yang tiba-tiba. Ada juga paip
terbuka tertutup sendiri.
Bila kami
terserempak dengan benda-benda ni, kami buat biasa sahaja. Sebab kalau buat
takut nanti semua orang jadi ketakutan.
Pengalaman
makcik ketika di bilik air, mak cik ternampak gelibat seseorang di dalamnya.
Dan pengalaman ini selalu terjadi kepada mak cik. Ada suatu hari pada hari sabtu, makcik pergi
ka bilik air dan tiada orang di dalamnya. Tapi pintu di bilik air itu terbuka
tertutup sendiri. Masa tu mak cik tak terfikir pasal benda itu lagi. Jadi mak
cik sandarkan baldi di pintu tu supaya tidak terbuka tertutup lagi. Tetapi
dengan baldi itu sendiri bergerak. Jadi tanpa berlengah lagi makcik keluar dari
bilik air itu.
Soalan
4: Apakah tips-tips kepada pelajar
untuk menjaga kebersihan?
Jawapan
4: selepas makan,
bekas makanan perlu diletak dengan betul di dalam tong sampah. Dan ada ketika
tong sampah itu terlalu penuh dengan sampah sampai melimpah dan itulah yang
menyebabkan kotor di sekitar tong sampah. Ini telah menyukarkan kami untuk
membersihan sampah dan kawasan sekitarnya. Jadi, kalau boleh pelajar carilah tong sampah lain.
Soalan
5: apakah yang
memotivasikan mak cik untuk kekal momentum untuk bekerja sebagai cleaner di
Kulliyah of Science?
Jawapan
5: sepaanjang kami
di sini, kami tidak mengalami masalah. Tambahan pula, pelajar di sini semuanya
baik dengan mak cik, bertegur sapa dengan mak cik. Dan selama di sini, tiada
pelajar yang sombong dengan makcik. Diorang juga memberi salam dan juga meminta
lalu. Itulah yang membuatkan makcik yang gembira berkerja di sini.
Soalan
6: kalu mak cik
diberi tawaran kerja di luar dengan gaji yang lumayan, adakah mak cik berminat
untuk bertukar ke sana?
Jawapan
6: walaupun setakat in tiada lagi tawaran itu,
tapi mak cik rasa mak cik lebih suka bekerja di sini kerana suasana dan layanan
yang elok daripada semua komuniti UIA.
Soalan
7: apakah
perkongsian yang mak cik boleh kongsi kepada kami supaya dapat merapatkan lagi
hubungan antara pelajar dengan kakitangan cleaner?
Jawapan
7: kami harap
pelajar akan lebih prihatin dan hormat dengan kami. Contohnya, ketika mak cik
menyapu, mak cik harap pelajar boleh hormat makcik dengan meminta laluan. Mak
cik tak boleh tegur kerana itu memang laluan meraka. Tapi mak cik harap pelajar
boleh hormat kami seperti mak mereka sendiri.
Soalan
8: Bahagian manakah
di kulliyah of science bagi mak cik paling menyeramkan?
Jawapan
8: bagi mak cik
kawasan yang paling menyeramkan adalah kawasan Main Auditorium. Biasanya kalau
nak bekerja di sana, mak cik tak lakukan keseorangan walaupun keseorangan.
Soalan
9: apakah
pengalaman atau perkongsian cleaner yang paling muda di sini?
Jawapan
9: biasanyalah ketika kami sedang mengemop, ada
pelajar jalan laju-laju. Kami bukan tak bagi lalu cuma risau jatuh je sebab licin.
Lepas tu, ada juga ketika kami mengemop. Pelajar yang nak elak kawasan yang dah
dimop, melompat-lompat. Jadi, jangan la. Takut jatuh je. Kalau kami sedang
khusyuk mengemop tu, tegur la. Kami risau terkena batang mop kat muka. Kami bukan
marah sangat nak pijak-pijak, cuma takut pelajar yang terjatuh.
Soalan
10: pernahkah
berlaku pertingkahan antara cleaner sendiri dan apakah etika kerja yang mak cik
perlu ikut sepanjang berkerja di sini? Dan terakhr, apakah harapan mak cik
kepada pelajar?
Jawapan
10: setakat ini,
kami tidak pernah bertelingkah antara satu sama lain. Kami selalunya bertolak
ansur dalam pembahagian shift terutamanya kepada yang tidak dapat hadir bekerja
atas sebab-sebab tertentu. Untuk etika kerja, kami perlu datang seawal 7 pagi
lagi, lengkap berpakaian uniform cleaner. Semasa bekerja, kami tidak boleh
membersih sambil lewa.
Harapan
kami kepada pelajar supaya pelajar akan berkerjasama untuk memudahkan kami untuk
bekerja.
Rumusan:
janganlah buang
sampah merata-rta dan kalau tong sampah tu dah penuh, carilah tong sampah lain.
Sama-samalah kita tolong permudahkan urusan makcik. Kalau kita permudahkan
urusan orang, insyaAlaah, Allah akan permudahkan urusan kita. Kita juga perlu
jaga kebersihan. Jaga kebersihan tu bukan kerja makcik cleaner sahaja, tapi
tugas kita juga kerana kebersihan itu separuh dari iman. Dan menjaga kebersihan
itu juga adalah tanggungjawab kita bersama supaya suasana menjadi bersih dan
senang untuk ilmu masuk dlm diri kita. Dan yang terakhir, selepas program
komitee diharapkan bersihkan kawasan itu.
