Friday, 15 July 2016

Special Edition with Mak Cik Cleaner

Tajuk: Special Edition with Mak Cik Cleaner
Moderator: Nur Hidayah binti Syamsul Bahri
Panelist 1: Siti Khadijah
Panelist 2: Nur Hazimah

Soalan 1: Apakah cabaran yang menduga keimanan sepanjang berkhidmat sebagai kakitangan Daya Bersih di Kulliyah of Science?
Jawapan 1: memang ada. Ketika mak cik sedang mengemop lanta, ada pelajar yang lalu macam tu sahaja. Jadi mak cik harap selepas ini pelajar akan lalu di sebelah tepi atau sekurang-kurangnya pelajar meminta laluan untuk berjalan di situ. 

Soalan 2: boleh mak cik berikan sedikit perkongsian tentang hubungan antara pihak cleaner dengan komuniti UIA keselurahan seperti contoh layanan pelajar kepada pihak cleaner?
Jawapan 2: buat masa sekarang semua student okey. Staff pun semuanya okey dengan kami. Tiada apa masalah. Untuk makan sekali tu tak pernah. Tapi semuanya baik.
kami juga boleh berbicang dan berkawan dengan mereka. Kami sudah menganggap diorang ni macam anak-anak kami. Dan buat masa ni belum ada lagi pelajar biadap dengan kami.

Soalan 3: Sepanjang berkhidmat di Kulliyah of Science, ada tak pengalaman-pengalaman misteri yang menarik untuk dikongsi? Dan apa perasan mak cik ketika itu?
Jawapan 3: kalau terserempak dengan yang menakutkan tu belum lagi. Kami cuma mengalami pengalaman seperti pintu terbuka dengan sendiri, bunyi yang tiba-tiba. Ada juga paip terbuka tertutup sendiri.
Bila kami terserempak dengan benda-benda ni, kami buat biasa sahaja. Sebab kalau buat takut nanti semua orang jadi ketakutan.
Pengalaman makcik ketika di bilik air, mak cik ternampak gelibat seseorang di dalamnya. Dan pengalaman ini selalu terjadi kepada mak cik.  Ada suatu hari pada hari sabtu, makcik pergi ka bilik air dan tiada orang di dalamnya. Tapi pintu di bilik air itu terbuka tertutup sendiri. Masa tu mak cik tak terfikir pasal benda itu lagi. Jadi mak cik sandarkan baldi di pintu tu supaya tidak terbuka tertutup lagi. Tetapi dengan baldi itu sendiri bergerak. Jadi tanpa berlengah lagi makcik keluar dari bilik air itu.

Soalan 4:  Apakah tips-tips kepada pelajar untuk menjaga kebersihan?
Jawapan 4: selepas makan, bekas makanan perlu diletak dengan betul di dalam tong sampah. Dan ada ketika tong sampah itu terlalu penuh dengan sampah sampai melimpah dan itulah yang menyebabkan kotor di sekitar tong sampah. Ini telah menyukarkan kami untuk membersihan sampah dan kawasan sekitarnya. Jadi, kalau boleh pelajar carilah tong sampah lain. 

Soalan 5: apakah yang memotivasikan mak cik untuk kekal momentum untuk bekerja sebagai cleaner di Kulliyah of Science?
Jawapan 5: sepaanjang kami di sini, kami tidak mengalami masalah. Tambahan pula, pelajar di sini semuanya baik dengan mak cik, bertegur sapa dengan mak cik. Dan selama di sini, tiada pelajar yang sombong dengan makcik. Diorang juga memberi salam dan juga meminta lalu. Itulah yang membuatkan makcik yang gembira berkerja di sini.

Soalan 6: kalu mak cik diberi tawaran kerja di luar dengan gaji yang lumayan, adakah mak cik berminat untuk bertukar ke sana?
Jawapan 6:  walaupun setakat in tiada lagi tawaran itu, tapi mak cik rasa mak cik lebih suka bekerja di sini kerana suasana dan layanan yang elok daripada semua komuniti UIA.

Soalan 7: apakah perkongsian yang mak cik boleh kongsi kepada kami supaya dapat merapatkan lagi hubungan antara pelajar dengan kakitangan cleaner?
Jawapan 7: kami harap pelajar akan lebih prihatin dan hormat dengan kami. Contohnya, ketika mak cik menyapu, mak cik harap pelajar boleh hormat makcik dengan meminta laluan. Mak cik tak boleh tegur kerana itu memang laluan meraka. Tapi mak cik harap pelajar boleh hormat kami seperti mak mereka sendiri.

Soalan 8: Bahagian manakah di kulliyah of science bagi mak cik paling menyeramkan?
Jawapan 8: bagi mak cik kawasan yang paling menyeramkan adalah kawasan Main Auditorium. Biasanya kalau nak bekerja di sana, mak cik tak lakukan keseorangan walaupun keseorangan. 

Soalan 9: apakah pengalaman atau perkongsian cleaner yang paling muda di sini?
Jawapan 9:  biasanyalah ketika kami sedang mengemop, ada pelajar jalan laju-laju. Kami bukan tak bagi lalu cuma risau jatuh je sebab licin. Lepas tu, ada juga ketika kami mengemop. Pelajar yang nak elak kawasan yang dah dimop, melompat-lompat. Jadi, jangan la. Takut jatuh je. Kalau kami sedang khusyuk mengemop tu, tegur la. Kami risau terkena batang mop kat muka. Kami bukan marah sangat nak pijak-pijak, cuma takut pelajar yang terjatuh.

Soalan 10: pernahkah berlaku pertingkahan antara cleaner sendiri dan apakah etika kerja yang mak cik perlu ikut sepanjang berkerja di sini? Dan terakhr, apakah harapan mak cik kepada pelajar?
Jawapan 10: setakat ini, kami tidak pernah bertelingkah antara satu sama lain. Kami selalunya bertolak ansur dalam pembahagian shift terutamanya kepada yang tidak dapat hadir bekerja atas sebab-sebab tertentu. Untuk etika kerja, kami perlu datang seawal 7 pagi lagi, lengkap berpakaian uniform cleaner. Semasa bekerja, kami tidak boleh membersih sambil lewa.
Harapan kami kepada pelajar supaya pelajar akan berkerjasama untuk memudahkan kami untuk bekerja.

Rumusan: janganlah buang sampah merata-rta dan kalau tong sampah tu dah penuh, carilah tong sampah lain. Sama-samalah kita tolong permudahkan urusan makcik. Kalau kita permudahkan urusan orang, insyaAlaah, Allah akan permudahkan urusan kita. Kita juga perlu jaga kebersihan. Jaga kebersihan tu bukan kerja makcik cleaner sahaja, tapi tugas kita juga kerana kebersihan itu separuh dari iman. Dan menjaga kebersihan itu juga adalah tanggungjawab kita bersama supaya suasana menjadi bersih dan senang untuk ilmu masuk dlm diri kita. Dan yang terakhir, selepas program komitee diharapkan bersihkan kawasan itu. 

No comments:

Post a Comment