Terinspirasinya
Sembang Santai ini pabila melihat satu acara diskusi berlangsung di wackos
student lounge tiga tahun yg lepas. Tiga jiwa besar (Fahri, Muiz dan Na'im
bukan nama sebenar) mengamati diskusi tersebut lalu berkata seorang daripadanya
(Fahri),
"Mengapa
tidak pogram seperti ini kita budayakan utk kuliyah kita? Iya saya ngerti ianya
tidak mudah, tapi tidak juga mustahil"
"Gimana
sih kita mahu budayakan sesuatu yg asing dari diri kita?" Na'im bertanya.
Muiz
mencelah, "Gue tau..kita adakan acara ini minggu-mingguan"
Ketiga-tiga
mereka memandang antara satu sama lain. Akhirnya mereka nekad mahu melaksanakan
idea tersebut. Dibawah naungan panji Sembang Santai SCIENCESS, mereka yakin
satu hari nanti usaha ini pasti akan membuahkan hasil yang dapat dinikmati oleh
semua warga kuliyah. Bermula dari kudrat tiga penjiwa besar ini, Sembang Santai
SCIENCESS mula memenuhi wackos dengan diskusi-diskusi santai, dikepalai oleh
tokoh-tokoh pelajar dan pengajar yang berwibawa. Namun pada awalnya sukar untuk
menarik minat komuniti terhadap diskusi seperti ini, malah kadang-kadang hanya
komiti sahaja yang hadir, yang jumlahnya tidak sampai sepuluh orang. Ada
kalanya mereka terasa untuk berpaling tadah, tetapi sokongan keluarga ini
menaikkan semangat kembali, menyedarkan erti sebenar perjuangan di Sembang
Santai SCIENCESS ini. Jatuh bangun mereka dalam keluarga ini, mengajar mereka
erti kesabaran dan persahabatan. Terlalu banyak pengalaman untuk diceritakan
selama berjuang di dalam medan ini.
Inilah
rempah-ratus kehidupan, kena ada pedasnya sikit, masamnya sikit, masinnya
sikit, barulah hidangan akan jadi sedap. Macamlah ceritera tiga orang ini..hehe
Akhirnya,
Tiga
tahun berlalu...
Ketiga-tiga
penjiwa besar ini hampir melabuhkan tirainya di bumi UIAM. Namun hati mereka
tidak gusar, kerna di hadapan mereka kini, ada berpuluh lagi jiwa-jiwa besar
yang bakal menyambung warisan ini. Sembang Santai SCIENCESS kini tidak lagi
semata-mata pogram. Ianya budaya. Jiwa-jiwa besar yang turut bersusah-payah
mengharungi segala macam pancaroba selama tiga tahun ini, alhamdulillah
akhirnya usaha mereka membuahkan hasil. Berkalung-kalung penghargaan
didedikasikan kepada keluarga Sembang Santai (Nu'man, Azziemah, Malina, Fariha,
Mursyidah, Atisha, Farid, Afzan Fahmi, Zainab, Luqsu, Azwa, Shafaw, Hud, Anna,
Faiqwan, Hafizah, Hanis, Mael, Judin, Mariyah mercedes, Mira, Nadia, Nafiz,
Jihah, Noin, Shafeeqah, Sue ??, Ikram, Syahmi n lain-lain famili yang xsempat
nak sebut..hehe maaflah dah beranak-pinak keluarga ni, susah nak ingat nama
semua orang ??)
Last
but not least (acah-acah skeaping english skett..hehe), remember that:
"Great leaders create a legacy. So be an
inspiration, so that you can inspire others."
"
Kishi o miushinau y?ki ga nakereba, kesshite umi o wataru koto wa dekinai
"
(You
can never cross the ocean until you have the courage to lose sight of the
shore)
Yang
Menyayangi Kalian,
Fahmi Nor Hasmi (nama sebenar)
No comments:
Post a Comment