Tajuk: Dasar Melayu PHD
Moderator: Amirullah bin Anwar
Speaker: Bro. Lukman
Pendahuluan
PHD adalah singkatan daripada
perkataan ‘perasaan hasad dengki’. Program ini ingin membincang secara lanjut
tentang gegala hasad dengki yang dikatakan berleluasa dalam diri seseorang terutamanya
kaum melayu. Program ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar
memuhasabahkan diri mereka adakah perasaan hasad dengki itu wujud dalam diri
mereka.
Soalan1: apakah hasad dengki?
Jawapan 1: Iman Nawawi mendefinisikan hasad
dengki itu adalah suatu perasaan yang menginginkan nikmat yang diperolehi oleh
seseorang beralih daripadanya walaupun penghasad tidak mendapat nikmat itu.
Iman nawawi menambah nikmat yang dimaksudkan boleh merangkumi duniawi atau
keagamaan. Untuk menjawab hasad itu baik atau buruk, dalam hadis ada menyebut
secara ringkas ‘berhati-hatilah kamu terhadap perasaan hasad dengki
sesungguhnya parasaan hasad dengki akan memakan kebaikan-kebaikan yang kita
buat seumpama api membakar kayu api.’ Ini menunjukan dengan perasaan hasad
dengki, semua kebaikan yang kita buat akan menjadi debu. Tetapi, nabi Muhammad
SAW pernah menyebut dalam hadisnya, ‘jangan sekali-kali kamu berhasad dengki
dengan orang kecuali dalam dua perkara, yang pertama sesiapa yang Allah
memberikan kepadanya pengetahuan al-quran and kelebihan ilmu dan kemudian dia
mengajarkan kepada orang lain ilmu yang dia perolehi dan yang kedua, seseorang
yang mempunyai kelebihan harta dan kemudian dia menginfakkan harta itu ke jalan
Allah. Dua perkara ini diizinkan untuk dihasad dengki kerana ia akan menjadi
motivasi kepada kita untuk beribadat kepada Allah. Secara kesimpulannya, hasad
dengki ini perlu dielak melainkan kepada orang yang menggunakan nikmat yang
diperoleh ke jalan Allah. Semoga dengan hasad itu, kita akan meningkatan
kualiti ibadat kepada Allah.
Soalan 2: kebiasaannya perasaan hasad dikaitan dengan
orang melayu. Seperti cerita Tun Teja dipadankan dengan sultan Johor, Sultan
Abdul Jamil. Tetapi dicemburui oleh sultan Mahmud lalu menghantar Hang Nadim
untuk merampas Tun Teja dari sultan Johor. Kenapakan hasad dengki dikaitan
dengan oleh melayu? Adakah kerana sejarah atau dari manusia itu sendiri?
Jawapan 2: kenapa hasad dengki dikaitan
dengan melayu adalah kerana media. Dalam tv setiap hari, drama melayu memaparkan
cerita hasad dengki. Lepas hasad dengki melular kepada sihir. Itu menunjukkan
seolah-olahnya melayu sering berhasad dengki. Cerita luar seperti jepun, china,
korea, dan inggeris, juga ada cerita hasad dengki. Tetapi tidak ditimbul isu
sahaja.
Untuk pengetahuan hadirin, bukan
orang melayu sahaja mempunyai perasaan hasad dengki. Syiekh Abu Saidi berkata
‘perasaan hasad dengki adalah salah satu daripada dosa-dosa besar dan salah
satu ciri-ciri orang yahudi. “Sebahagian daripada ahli-ahli kitab yahudi dan
nasrani sangat-sangat bergembira bila mana meraka dapat mengembalikan kamu
sesudah mana kamu beriman menjadi kufur kerana perasaan hasad dengki datang
dari diri mereka sendiri”. Adakah patut orang yahudi ingin berhasad dengki
dengan Nabi Muhammad SAW dan umatnya? Disebabkan apa yang Allah telah berikan
kepada mereka, mereka lupa. Dahulu Allah bagi kepada keturunan Nabi Ibrahim,
bukan setakat bani ismail tetapi bani Israel, Allah bagi kelebihan kepada bani
mereka. Kelebihan apa? Kitab turun kepada nabi-nabi mereka. Kerajaan diturunkan
kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman. Mereka lupa hanya semata-mata nabi akhir
zaman lahir daripada bani Ismail bukan daripada bani Israel. Jadi, mereka
berhasad kepada kita. Sebab itulah, hasad dikaitankan dengan perangai-perangai
bani yahudi.
Sebab apa boleh terjadi hasad
dengki? pertama, permusuhan dan kebencian. Sepertinya yang telah disebut.
Semata-mata nabi akhir zaman itu datang daripada orang arab bukan daripada bani
Israel, keturunan Nabi Yaakub, mereka hasad dan tak nak terima ajaran yang di
ajar oleh nabi. Yang kedua, persaingan hidup. Ulama menyebut adalah mustahil
manusia boleh lari daripada hasad dengki sebab hidup itu sendiri di dunia ini
adalah satu persaiangan. Yang ketiga, takjub dengan sesuatu. Berlebih-lebih
dalam takjub boleh menyebabkan hasad dengki. Satu kisah zaman nabi Muhammad,
seorang sahabat, Sahal bin Hunaif mandi di kawasan padang pasir. Tanpa
disedari, ada sahabat lain lalu di kawasan itu dan melihatnya mandi. Sahabat
itu takjub dengan tangan Sahal bin Hunaif lalu berkata “tak pernah aku lihat
kulit secantik ini”. Kemudian, tiba-tiba Sahal bin Hunaif jatuh terpelanting.
Nabi Muhammad yang mengetahui cerita ini berkata “atas dasar apa kamu mahu
membunuh sahabat kamu. Kenapa kamu tidak mengucapkan barakallah hufikum kepada
sahabat kamu apabila kamu takjub melihat itu,”. Nabi ajar kita, bila kita
takjub dengan sesuatu, ucapkan “barakallah hufikum”. Daripada cerita itu, kita
dapat belajar tentang aib. Aib adalah bila seseorang boleh ditimpa musibah hanya
daripada pandangan mata orang yang hasad kerana berlebih-lebih dalam takjub
atau kerana kebencian. Yang keempat, cintakan kedudukan dan kemasyhuran. Kita tanam
cinta itu berakar dalam hati sehingga tak nak orang lain mengambil tempat kita.
Yang kelima adalah bakhil terhadap harta. Kita tak nak infakkan harta yang
dimiliki kepada orang lain. Itu boleh menyebabkan dalam hati kita ada hasad.
Soalan 3: Hasad dengki adalah barah atau
melekat hati. Kalau tiada penawar penyakit ini, dia akan membentuk peribadi
seseorang. Boleh huraikan kesan buruk hasad dengki dalam diri kita?
Jawapan 3: Seperti hadis Nabi Muhammad yang
disebut tadi, hasad dengki akan memakan kebaikan-kebaikan seperti mana api
membakar kayu api. Kesan yang pertamanya. Apabila kita dengki dengan seseorang
bermakna kita tidak reda dengan ketentuan Allah. Yang kedua, bila hasad dalam
hati, ia seperti percikan api. Dia akan memakan hati kita pelahan-lahan dan
akhirnya tanpa disedari hati kita sudah mati. Yang ketiga, hasad boleh menghasilkan
kebencian, dan permusuhan kepada orang yang Allah memberi nikmat kepadanya. Ini
akan menyebabkan aib atau sihir. Untuk mengelak terkena sihir, kita disarankan
untuk mengamalkan ‘bismillahhillazi laayaduru maasmihi syaiun fil ardi wala
fissamai’ wahuwassamiiul alim.” tiga kali setiap pagi dan petang.
Soalan 4: Bagaimana untuk mengatasi perasaan
hasad dengki?
Jawapan 4: Banyakkan berdoa kepada Allah
supaya hilangkan perasaan hasad dengki dalam diri kita terutamanya pada waktu
mustajab seperti hari jumaat, waktu asar, waktu antara azan dan iqamah, malam
akhir ramadhan. Kemudian yang seterusnya, bila kita terserempak dengan orang yang
kita hasad dengki, usahakan untuk lawan ego untuk berdoa supaya Allah
memberkatinya atau paling mudah ucapkan barakallah hufikum. Kelebihan berdoa
secara ghaibnya untuk kebaikan orang lain adalah malaikat akan mengaminkan dan
berdoa kepada kita juga.
No comments:
Post a Comment