Wednesday, 25 November 2015

Kahwin Masa Belajar




Q1: Madam Mona:
Fenomena kahwin awal sangat viral di media. Boleh madam ceritakan "secara ringkas" tentang persepsi masyarakat terhadap anak muda yang berkahwin awal, zaman dahulu dengan sekarang? (Soalan ni nk ringkas je, tak nak drag)

Q2: Bro Anwar:
Berkahwin umpama mendirikan baitul Muslim, rumah bagi para Muslim. Selaku orang yang berpengalaman, boleh Bro Anwar cerita sedikit detik bertemu isteri. Kalau ada cerita member boleh la share.

Q3: Madam Mona:
Pada pandangan madam, apakah faktor yang perlu dipertimbangkan sebagai seorang pelajar untuk berumah tangga? Cth: dari sudut kewangan, restu ibu bapa, faktor kematangan dll.

Q4: Sis Adilah:
Ada orang kata, kahwin masa belajar ini memberi kesan pada akademik, ada kata sebaliknya. Jadi pandangan sis bagaimana?
Cth: Prof Muhaya, Ustzh Siti Nor Baya, IM Asyraf.

Q5: Madam Mona:
Apakah saranan madam pada pelajar yang bercita-cita untuk berkahwin pada masa terdekat ini?
(sesi harus berakhir dgn madam)

/////////////////////

SSS Kahwin Masa Belajar
Q1: Adakah isu pemuda berkahwin awal menjadi satu kebiasaan? Apakah persepsi masyarakat yang berkahwin awal, berbanding zaman dahulu?

I think the guys should listen more than the ladies because it is the guy who proposed the girl first, right? In my generation, girl do not have much choice, either they do not go to higher education or they do not go to school at all? So it is a cultural norm to be married at very young age, and the women remain as housemakers. It was accepted at that time, but for now, women are given equal opportunity to further their studies. For now, people who do not want to pursue their studies culturally was unacceptable. Parents expect their children to study first, to have financial independent before they settle down. So I think that’s about it.

MOD: Jadi pada zaman dahulu, golongan wanita lebih mudah kahwin awal namun tidak pada hari ni kerana kaum wanita lebih mementingkan pelajaran. Jadi pada hari ni kahwin awal itu menjadi satu isu.

Q2: Selaku orang yang berpengalaman, bolehkah br Anwar menceritakan detik pengenalan dan memilih untuk berumah tangga?

Bagi saya detik pertemuan dengan isteri pertama saya agak romantik. Boleh buat novel. Saya start kenal dengan isteri saya start masuk uia kuantan. Masa first year, saya ditakdirkan dengan dia dalam grup lab. Masa tu saya kenal dia, dia seorang yang pemalu sebab dia pakai purdah. Second sem dia tak pakai purdah atas sebab tertentu. Pada suatu hari tu, saya tak datang lab. Saya terserempak dengan dia dan dia tanya, “Anwar, kenapa awak tak datang lab? Awak sakit ke?” Saya pula jenis yang cepat perasan, kawan-kawan saya pun tak ada yang concern pasal saya. Tiba-tiba saya rasa sakit tu hilang. Lepastu dia jalan, dia rushing tak tahu pergi mana.

Sem kedua pula, masa dia nak pinjam kereta sewa. Masa tu dia mula tak pakai purdah. Dia tegur saya macam dia dah kenal. Saya pun terpinga-pinga, “Siapa dia ni?” Masa tu saya dah start rasa nak berkenalan. Malam tu saya tanya, siapa drive kereta saya? Dia jawab dia. Sebelum tu ada perbualan dengan kawan, tentang ada seorang sister dalam kelas saya yang sebelum ni dia pakai purdah dan sem tu dia dah tak pakai purdah. Masa tu saya dah start nak approach dia. Saya kenal dia sebulan je, saya call ayah dia dan saya prepare atas kertas. Saya call ayah dia, ayah dia tanya sikit je dan dia terus terima. Semua perkara yang saya tulis panjang-panjang atas kertas tu, saya tak cakap pun pada ayah dia. Lepastu saya ambil keputusan untuk merisik. Saya orang Melaka, dia orang Penang jauh.  Tapi dia ada ayah sedara di Melaka, jadi saya datang merisik di rumah ayah sedara dia dalam pertengahan bulan empat, atau hujung bulan tiga. Seminggu sebelum habis final exam, saya pergi meminang dia. Kami letakkan tarikh 6/6 masa second year. Ada kawan yang tak habis exam lagi pun. Kemudian 6/6 tu terpaksa extend lagi seminggu sebab dalam kampung tu tak biasa ada banyak majlis kahwin. Kemudian rasa macam lama sangat extend seminggu tu, jadi extend sehari je. Begitulah detik pertemuan saya. Saya ringkas sangat cepat sangat mudah, insyaAllah.

Sedikit tip bagi lelaki, kalau nak approach tu kena berani. Buat persiapan mental dan fizikal supaya tidak cepat menggelabah dan kita tenang hadapi ujian itu, InsyaAllah. Dan jangan rasa perkahwinan tu sesuatu yang seronok, perkahwinan itu satu ujian yang akan membuatkan kita lebih matang, insyaAllah.

Q3: Apabila ada anak muda ingin berkahwin awal dalam satu kampung, pasti ada mulut-mulut makcik berkata, “Kamu nak bagi anak kamu makan apa? Pasir?” Jadi madam Mona, selaku lecturer parenting yang berpengalaman, apakah persediaan yang perlu dilakukan bagi para pelajar yang ingin berkahwin awal? Dari sudut kewangan, kematangan, dsb.

I didn’t say you should or shouldn’t marrying while studying. In fact, I’ve googled on experts on marrying at young age. They seemed can’t give me a satisfactory answer to it. It depends on you, whether you’re prepared mentally, physically, emotionally and financially, of course! If you’re matured enough to carry the responsibilities, then go and discuss with your parents. And go ahead with your plans. The factors that you must consider before getting married. First and foremost, you must know what is your responsibilities, and your must know what your responsibility is? As a husband later, and your wife also. And you must consider about your education, do you have enough time for studying, or how if you accidentally have child during your studying? Like you need to work during your study something like that. It’s like you do not want to depend on your husband entirely during your study to support you financially because both of you are studying. Alright?
Such Br. Anwar, he was very brave. He collabs with her father and I am sure it is not easy. You cannot sleep, thinking overnight but eventually your script do not work. You’re so lucky because you just talk a little bit and her father was convinced and accept you. Maybe he heard the way your maturity speaks. So these are some of the things that you need to conside before you have big things in your life.

Q4: Kita berminat untuk bertanya kepada Sis Adilah, ibu kepada Aryan. Bagaimanakah kesan selepas belajar terhadap akademik?

Bagi saya, prestasi selepas kahwin meningkat. Bukan meningkat sedikit tetapi meningkat banyak. Dalam kelas lebih fokus. Anwar yang ajar, kena fokus dalam kelas. Bila kahwin, orang kata banyak sangat tanggungjawab sampai tak boleh fokus dalam kelas. Bagi saya semakin banyak tanggungjawablah kita makin fokus dalam kelas. Sebabnya dalam kelas sahajalah waktu mustahak untuk kita belajar, sebab waktu lain dah tak ada masa dah. Sibuk dengan urusan suami, sibuk dengan urusan anak. Jadi dalam kelas sahajalah waktu kena fokus dalam kelas. Kita dapat didik kita tentang kepentingan masa. Kita study sama-sama, satu kelas lagi. Kalau tak faham tanya. Jadi bila dua-dua tak faham kena fokus dalam kelas la. Lelaki perempuan ni lain cara belajar. Kalau saya, kena baca banyak kali, kena renung, baru faham, kalau lelaki dia baca sekali dan fokus dalam kelas. Dia boleh faham dah. Bila belajar sama-sama, jadi markah kita berdua pun lebih kurang sama je. Satu dua markah je dengan dia. Secara tak langsung pun jadi persaingan suami isteri. Saya tak mahu kalah dengan dia, dia tak mahu kalah dengan saya. Siapa pointer lagi tinggi, dapat hadiah. Bergantung pada diri sendiri. Kalau sebelum kahwin malas, selepas kahwin tidak berubah pun sama je. Bergantung pada diri sendiri juga.

OTW nak pergi moto pun, kalau tak faham pun tanya suami. Masa berjalan pun tanya dia. Jadi bagi saya kahwin masa belajar ada banyak perubahan pada akademik.

MOD: Nikah Khitbah. Setuju atau tidak, nikah ini mampu menjaga kita daripada maksiat? Apakah hubungan Br. Anwar sesama member kawan selepas nikah? Boleh cerita sedikit?

Nikah khitbah sesuai untuk orang yang berhubung jarak jauh. Cadangan saya pun begitu juga sebab kita masih belajar. Apabila saya lihat balik financial saya, cadangan saya terus nikah betul daripada nikah khitbah. Saya seorang yang panas baran. Keturunan panas baran. Isteri saya jenis lembut. Saya belajar lelaki perempuan ini ada persamaan, dua-dua ada ego. Saya belajar kita kena atasi ego sebab ego yang menyebabkan perkahwinan kita terumbang-ambing. Dua-dua kena turunkan ego dia. Kalau ada perkara yang saya tak suka dia buat, saya kena banyak belajar bersabar. Sekarang banyak perubahan dari situ. Dari sudut belajar pun, pelajaran saya terganggu sebelum kahwin. Selepas kahwin, saya tak perlu fikir dah benda tu. Belajar pun mudah dan tidak banyak halangan. Manage masa supaya lebih bermanfaat, jangan bazir masa. Saya lihat kawan-kawan ni banyak suka main games. Nasib saya bukan jenis ketagih games, jadi banyak masa boleh dimanfaatkan di situ. Alhamdulillah, banyak perkara positif berbanding perkara negatif.  

MOD: Apakah pandangan madam terhadap anak perempuan yang ingin berkahwin awal tetapi ada tentangan dari ibu bapa mereka?

I think most parents, especially mothers want their daughters to get married as soon as possible. When they met the criteria of a financially stable and religious men. I don’t think so this will happen. If you need a bit longer to convince your parents, then why not? Wait a bit longer. And you should mee your family’s son-in-law. I don’t have an experience getting married at young age because I’d married after studying, getting a child and getting back to study again. I don’t have financial problem because my husband is already working.

You have to be responsible and you have to ask yourself, why you want to get married? You have to do background check, you have to ask your friends. Can we afford to have a house? Should we live in a separate mahallah. Now there are ways to prevent pregnancy. And lastly, you need to know want the couples want and to make it work. 


*****
Moderator: Bro Luqman Suharni
Panelist: Sis Adilah & Bro Anwar
Sesi: Sembang Santai Sciencess, Edisi Rabu, 25th November 2015
Program: Wackos Lounge, KOS

No comments:

Post a Comment